Monday, January 31, 2011

* Johor Bahru Banjir *

Posted by Ms SZ at 1:32 PM 2 comments
Johor Bahru sudah banjir.

Mr. Z semalam balik kerja dari Pasir Gudang ke rumah, menempuh banjir di Masai. Kawannya yang pakai Perdana hampir-hampir tak lepas.

Fuh! Kalau aku kerja, bawah wisma tu mesti banjir lor.

Berita 1.30 tadi, 7,000 orang telah dipindahkan kerana banjir di Johor Bahru.

Mencabarnya berpantang dalam musim tengkujuh begini. Baju, barut, kain bedung Keisha yang hari-hari basuh pun hampir-hampir out of stock! Sebab tak kering dan sejuk. Mujur aku degil jugak nak beli baju banyak masa preggy dulu (remember my mum kata jangan beli banyak? t die g shopping dgn Mr. Z? hahaha), kalau idak, mungkin kena iron pakaian Keisha. Keh Keh Keh.

Pesanan untuk korang semua, ikutlah nasihat pihak yang berkuasa dimusim tengkujuh ini. Kalau orang suruh pindah, pindah yerk. Owh, cant imagine kalau tengah pantang camni, tetiba kena pindah duk pusat pemindahan mangsa banjir. Minta dijauhkan.

* Wear It Right Campaign : Covering the chest is the best! *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 0 comments

Tertarik dengan kempen ini! Syabas kepada owner blog dan kepada semua yang menyokong kempen ini!

Yeah, sesungguhnya dada itu lebih menggiurkan daripada rambut.

Yeah, aku pon insan yang leka, aku pun insan yang cuai. Tapi adalah lebih baik kita saling mengingati daripada saling mencari kesalahan dan kekurangan.

Friday, January 28, 2011

* Keisha Muntah Susu *

Posted by Ms SZ at 11:50 AM 3 comments


Keisha Fening Kepala lah uoalls!

See muka Keisha merah. Ha, itu tanda Keisha tak selesa atau Marah.

Keisha mengalami masalah "Muntah Susu". Mommy and Daddy susah nak faham.

Apa itu muntah Susu? Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tak sama dengan muntah biasa. Muntah susu merupakan masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi(40%) berusia kurang dari 1 tahun.

Jenis-jenis muntah yang dialami oleh bayi ialah:
•Possetting (jeluak) - Ia berlaku apabila bayi terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
•Reflux (muntah meleleh) - Terjadi apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja dan biasa berlaku.
•Projectile vomiting (muntah memancut) - Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.

Keisha mengalami ketiga-tiga jenis muntah ini. Paling scary kalau die muntah memancut. Dalam seminggu ada 1@2 kali Keisha muntah memancut yang teruk. Habis alas tidur basah Mujur Keisha pakai tilam latex, kalau tidak...

Punca?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus (saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Ada beberapa tips untuk mengurangkan muntah susu. Antaranya :
•Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu-> Ini memang kami buat
•Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat-> Rasanya dah habis longgar dah. Ada orang kata, jangan sentuh puting bayi. Tapi tak tawlah masa sedawakan tersentuh atau tidak
•Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu-> confirmlah tak buai
•Elakkan menimang bayi atau mendudukannya ke kerusi bayi selepas menyusu-> Ini boleh bikin gegaran otak OK
•Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa-> Keisha minum 3oz, tu pun ada tinggal sikit setiap 3 jam sekali, kadang2 je terbabas.
•Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur-> Patutlah kat hospital aritu Keisha dingerengkan. Tapi xpe ke kalau asyik ngereng ke kanan?
•Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur-> Aku siap nak ambil pembaris jangka sudut tu. Hahaha. Best practice is korang pakai bouncer.
•Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
•Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
1-Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
2-Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
3-Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
Tiada satu pun ada pada Keisha, so Keisha bukan alamai masalah dehidrasi.

Biasanya muntah Keisha disertai dengan lendir. Tapi melalui pembacaan, lagi bagus Keisha muntah daripada die simpan lendir tu. Rasa cam nak minta ubat kasi keluar lendir melalui najis lah. Sangat Kasihan kalau tengok die muntah. Meragam aje.

Ada satu malam, die muntah banyak sampai perut die berbunyi. Kalau perut berbunyi tu, maknanya usus kecil dah kosong dan sedang dalam tindakan pembersihan (aku tengok Clever) terus aku translate die lapar. Siannya Keisha. Nanges merengek aje. Susah nak tidur. Atoknya sampai nak masukkan buai! Alhamdulillah, berkat kesabaran, aku bagi lagi susu kat Keisha, sikit-sikit aku sedawakan dan Keisha tidur nyenyak.

Malam yang lainnya, Mr. Z ada masa tu, aku dah nanges dah (emosi sungguh tengok anak tak selesa), Mr. Z tidurkan die dengan kecondongan yang agaknya Keisha selesa. Malam tu, nafas die bunyi kuat. Keisha tidur dengan nyenyaknya sampai pagi. Memang masalah lendir buat Keisha tak selesa.

Jaga anak ni perlu sabar dan berpengetahuan. Jangan anak nanges, mak pon nanges macam haku.




* Borong Diapers *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 0 comments
This post actually ada kaitan dengan post Giant Having Promotion last year.


Punya lama kan aku peram entry ini?


Nak sangat up entry ini sebelum bersalin, tapikan aku bimbang ada orang tak leh terima entry ini aku up seawal kandunganku berusia 27 minggu.


Pada 1 dan 2 Oktober 2009 lalu, aku telah borong sejumlah lampin pakai buang sempena promotion Giant ni. Kebetulan waktu itu Mr. Z terlibat dengan shutdown Esso, jadi aku memang seorang mommy yang gigih shopping (walaupon rasa tak larat sangat).

Misi pertama, di Giant Plentong, borong Mamy Poko S(48) dengan harga RM29.99, aku beli 3 pek kesemuanya sebab ada tulis buy 3 get School Bag FREE. Pantang tol nampak word FREE. Akan tetapi, sampai kat redeem counter, mereka macam blur, blur tak tahu. Mereka cari promoter, xde, jadi mereka tukarkan dengan beg lain. Tak kisahlah since beg pediasure yang menjadi replacement tu pon 'baek' gak. Ada ruang untuk botol, diapers dan macam-macam. Dapat free keychain sebab over RM80.

Malamnya Mr. Z call, cakap Fitti murah. Aku cakap, Fitti doesn't have S size(yang promo). Akan tetapi, lepas Mr. Z call, aku terfikir, Fitti Normal RM32++, SALE biasa pon RM26.99, yang ni RM23.99 memang murah.

Keesokan harinya, which is 2nd October, awal pagi aku pergi Giant Tampoi, niat nak borong Fitti. Warghh! Fitti M80 left 1 only. Asked the store boy, diorang cakap habis dah. Walaupun berat hati, aku beli gaklah yang tinggal 1 pek tu. Terpandang Mamy Poko (again), Giant Tampoi ni takde pulak buy 3 free school bag,tetapi setiap pek Mamy Poko S48 get 4pcs free on every pack. Sekali lagi aku beli S48+4 2 pek dan M44 1 pek. Rasa nak beli MP M size banyak, tetapi teringat review yang pernah aku baca, Mamy Poko without the Poo Poo Pocket (which is only for NB and S size) boleh kasi bayi tak selesa. Jadi kena kasi my baby test dulu lah. Bukan itu sahaja, aku beli gak Mamy Poko Easy Fit Pants (Yellow Color) M44 at RM27.99 dan Huggies Pull Up Pants M42 at RM27.99.

Rasa geram sangat sebab tak dapat Fitti tu banyak-banyak. Petangnya aku pergi Giant Skudai. Fitti cuma 2 je kat rak tu. M80 pulak tu. Belilah 2 pek tu. Terus kasi rak tu kosong. RM23.99 each pek. Masa tu memang rasa berbaloi-baloi.

Mr. Z call dan suaranya cam terkejut je apabila aku cakap, aku beli pampers banyak,cost around RM300. Sebelum ni aku dah cakap kat dia, aku akan beli sebanyak yang dibenarkan oleh Giant. Biasalah, promo ada limit 2 lah, 3 lah. Sekali lagi, aku maklumkan, aku mengandung 27 minggu masa tu. Angkat naik rumah pakai troli, dengan mengandung, duk hegeh-hegeh buat sorang-sorang. Sampai guard tegur banyak tol memborong. Hihihi. Pasal Mr. Z tu, aku tenangkan die dengan cakap, stok tu boleh sampai anak 6 bulan. Tapi aku rasa 7 bulan pon boleh tu. Masa tulah aku fikir.

Total Diapers yang kami ada pada usia kandungan 7 bulan adalah seperti berikut :
New Born : MP 30 + Pet Pet (64x2) = 158 pcs
S : MP (48x3) + MP (52x2)= 248 pcs
M : MP 44 + Fitti (80x3) + MP Pants 44 + Huggies Pants 42 = 370 pcs
Total : 776 pcs
Note : Ini tidak termasuk yang kami dapat free pek kecil 2-4 pcs tu.



Kalau difikirkan semula, memang aku ni berani tul. Pada masa tu mana tahu size anak macam mana kan? Tapi aku buat research (macam biasa), berat bayi dan saiz diapers dipakai. Aku ambil ukuran normal. Walau bagaimanapun, masa tu aku tetap rasa, aku perlu cari Size S yang murah untuk pakai siang hari. Looking for Fitti, tapi masa tu susahnya nak jumpa Fitti S size. Wujud ke idak sebenarnya?

Kesimpulannya,
Mamy Poko S48 RM29.99 cost RM0.625/pcs
Mamy Poko S48+4 RM29.99 cost RM0.58/pcs
Mamy Poko M44 RM29.99 cost RM0.68/pcs
Mamy Poko Pants Yellow M44 RM27.99 cost RM0.64/pcs
Huggies Pull up Pants M42 RM27.99 cost RM0.67/pcs
Fitti Basic M80 RM23.99 cost RM0.30/pcs

Mamy Poko terkenal dengan kualitinya yang baik dan banyak review yang baik ditulis mengenainya. Walau bagaimanapun, harganya yang agak mahal (biasanya RM36.99 @ RM0.77/pcs for S) membuatkan ramai berkira-kira membelinya.

Fitti juga tidak kurang bagus review mengenainya dan budak yang mak aku asuh pun pakai Fitti.

Dalam memilih diapers, kena gak ambil kira, diapers yang bikin ruam tumbuh pada kulit bayi buat kita ibu bapa 'makan hati' dan perlu kos tambahan untuk membeli krim ruam pulak.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Budget for diapers this year RM800 (dari saat kelahiran hingga menyambut ulang tahun pertama). Harap sangat anak kami ni, umur 3 tahun dah tidak perlu pakai diapers anymore.


tambahan : JJ selalu buat promo untuk members, MP Jumbo Pack RM42.99 which is normal price RM56.90. Saving dekat RM14.00! Apa lagi?

update : Now Keisha pakai PetPet NewBorn(64) dah nak habes 2 pek. Sebelah malam Keisha pakai Mamy Poko. Anak dara ni, setakat ni malam tidur agak lena, bangun cuma untuk susu, kadang2 jelah buat perangai. Kalau disalin lampinnya, memang marah, muka merah.

Sekarang kami amat lega. Sebab? Sebabnya stok lampin pakai buang banyak. Mr. Z kerja kat site, waktu kerjanya panjang termasuk Sabtu, Ahad dan PH, susah nak g shopping n dapatkan harga yang murah. Aku pulak, kena berpantang dirumah. Cuma perlu cari susu sahaja *-* (BF kadang2 sebab susu aku masih tak dapat penuhi keperluan Keisha)



Auntie and Uncle, see Keisha pakai baju Pureen Size S diusia 3 minggu, sudah paras lutut lor!

Thursday, January 27, 2011

* Lawatan Jururawat dan Bidan Terlatih *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 2 comments

Hello Everybody! I am almost 3 weeks now!

Sedap je hati kalau anak ceria, tapi kalau anak nanges, mommy die pun nak nanges sama. Huhuhu.

Seperti yang aku dah bagitahu banyak kali, aku bersalin 7 Januari 2011, Jumaat. Keluar wad 9 Januari, Ahad. Baru je sampai rumah dan setting kedudukan ibu baru bersalin, sekali ada dengar bunyi skooter.

Wah! Siapa pulak naik skooter ni. Sekali tengok, jururawat ngko! Mak aih! Express rakyat betul. Bidan Terlatih (BT) actually. Dia saje nak datang melawat tengok keadaan aku dan tak tahu pulak aku dah bersalin (remember, due date aku di KK adalah 11 Januari 2011?).

Die ambil tekanan darah aku dan tengok baby. Die suruh bawa baby g Klinik Kesihatan untuk buat ujian darah bagi pengesahan jaundis. Pasal ambil darah di KK Mengkibol tu, mak yang bawa Keisha pergi KK Mengkibol. Hasil ujian, alhamdulillah, Keisha tak kena Jaundis.

Berbalik citer lawatan jururawat tu, ada beberapa kali jugaklah jururawat datang. Mereka 2 orang datang selang seli. Biasanya mereka akan check tekanan darah, check baby kena kuning atau tak dan check jahitan kat perut nih.

Ada sekali tu, BT tu punya turn (yang datang naik skooter tu), die cakap, arini nak timbang baby. Wah! Terus aku jenguk beg die, mana pulak alat penimbang die neh? Rupanya die pakai alat macam spring buai gitu. Aduh lawak. Rupanya mak aku yang ada kat situ pon do the same thing. Muah!Muah!Muah!

Sebelum timbang tu, bidan terlatih tu tanya, bagi saya satu napkin. GULP! Mana ada napkin. Diapers adalah Puan. Camne ni? Tapi belum sempat jawab apa-apa, die cakap, eh takpelah. Pakai kain ni je. Ha, pakai kain bedung tu je. Selamat.

Bidan terlatih tu, bulan 9 ni pencen. Mak aku cakap, dari die bersalin dulu, bidan tu yang datang rumah. Huhuhu. Mujur dah nak pencen, kalau tidak, ntah2 sampai Keisha bersalin pon die gak yang datang. Alamak! Terlebih verangan pulak mak cik ni.

Orang office aku cakap, rajen betul jururawat kat Kluang ni. Tak ramai orang bersalin ka? Hiks ^-* No Comment.

Wednesday, January 26, 2011

* Cash Out Nuffnang Earning 2 *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 0 comments

Selepas Cash Out Pendapatan Nuffnang buat kali pertama tahun lalu, dan mendapat 1st Cheque from Nuffnang sebelum Aildilfitri yang lalu, semalam aku klik Tebus Pendapatan kat akaun Nuffnang! Yeay!

Hasilnya, pendapatan kembali kepada RM0.00.

Walaupun pendapatan kalini takdelah banyak mana pon, langsung tak boleh dapatkan salah satu shopping wishlist aku tapi saje je nak cash out. Kumpul RM sikit-sikit tak salah kan?

Thinking of, when is my 3rd time cash out Nuffnang Earning? Hohohoho.

Apa pon, thanks Nuffnang, Thanks to everyone yang visit page ni dan Mr. Z!

Tuesday, January 25, 2011

* Majlis Kenduri Doa Selamat, Aqiqah dan cukur rambut Part 2*

Posted by Ms SZ at 12:00 PM 2 comments
Sambungan N3 part I

Hasil kerja ayah, Mr. Z dan adik beradik lelaki. FINK!

Kelapa, daun sepulih, air mawar, bunga rampai, gunting shomel ^-^

Bapa mertuaku yang ukir nama Keisha tu. Rasanya ejaan sebenar bukan begitu, tapi tetap suke sebab atok Keisha kreatif betul!

Bunga rampai ^-^


Mommy, Daddy and Keisha. Keisha sleep. Baju Mr. Z adalah Baju Nikah dan baju aku pinjam dari mak. Kebetulan serasi *-^


Keisha with Mommy. Berseri-seri bukan main ^-^

Hidangan malam majlis kenduri aqiqah. Selain Kambing masak manis, ada ayam masak kicap, ulam, lemak nangka, ikan masin, sambal belacan, sambal goreng (jawa style), buah-buahan dan kuih muih tu biasa lah kan?

Ahli kumpulan yasin perempuan.

Sampai luar rumah. Mak jangka cuma 30-40 orang. Siapa tahu ianya lebih 60 orang.

Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Buat kirim arwah sekali.

Mak sponsor Yasin untuk goodies majlis aqiqah Keisha.




Ramai takut nak potong rambut Keisha coz she's only 9 days.

Keisha tidur je masa majlis tu. Lega sebab tali pusat dah tanggal kot. Jadi matanya macam susah gitu nak buka :p




Sekian.

Friday, January 21, 2011

* Menu Berpantang *

Posted by Ms SZ at 4:24 PM 0 comments
Waktu camnilah (lebey kurang), Keisha dilahirkan. Hari Jumaat. 2 minggu sudah berlalu.

Aku tidak begitu menghitung hari, jadi apabila ditanya sudah berapa hari? terhegeh-hegeh aku keluarkan jari jemari yang semakin runcing hari demi hari ini untuk megira. Lucu.

Juadah ketika berpantang setakat ini emak yang sediakan. Mak tak suka ikan haruan, tapi aku makan penuh selera dan cakap sedap. Memang sedap uoalls! Ikan haruan kukus atau bakar. Letak sos lada hitam dan halia. Memang syok! Sampai adik kecik aku selalu makan makanan berpantang aku neh. Haih! Aritu masa dia sunat, sibuk kire hari berpantang die sebab komplen makan tak best! Cet!

Aku tidaklah berpantang teruk sangat. Enjoy aje. Ada orang tak makan makanan berminyak, owh itu lagi bagus. Aku ni, makan aje apa yang emak masakkan termasuk ikan goreng (walaupun dah cakap xmo makanan bergoreng sebelum bersalin dulu, owh mungkin mak lupa).

Arini nak kongsi dengan korang antara menu berpantang yang aku amalkan setakat ini.

1- Ikan haruan bakar cicah air asam jawa dengan hirisan bawang.
Menu ni memang terbaik lah. Aku suka, tapi mak tak sukeee. Hehehe.

2- Ikan haruan kukus. Letak halia banyak-banyak.
Best gak menu ni.

3- Ikan siakap kukus.
Ha, yang ni memang sedap gak, sebab kalau tak pantang pon ada je aku masak ikan siakap kukus, tapi tentulah bahan rencahnya tak sama macam waktu sihat kan?

4- Ikan goreng. Ikan apa ntah, aku tak ingat nama.
Ayah cakap ikan bersisik boleh makan. No hal.

Selain daripada makanan berdarah seperti di atas, aku gak makan sayur seperti :

1- Ulam pegaga dan ulam raja

2- Sayur sawi

3- Sayur Kobis

4- Lobak putih

5- Kentang

6- Tauhu

Buah pulak, aku makan buah prune dan buah Sunkist. Orang kata sunkist bagus untuk pemulihan luka. Limit 1 biji sehari.

Minuman pulak, aku asyiklah mengulang minum susu Friso, Milo panas, Air Longan dan Kurma Merah dan tak lupa Air Ribena! Yeay!

Kalau sarapan pagi atau minum petang, aku tak amalkan makan roti. Antara makanan yang aku ambil sebagai sarapan pagi dan minum petang adalah :
1- Biskut Hup Seng (biskut tawar tu)
2- Biskut Coklat (Macam biskut marie)
3- Roti Prata (siap letak cheese dan lipat 2, pergh!)
4- Cucur kentang dan ikan bilis
5- Kuih apam tanpa kelapa
6- Kuih Kasue (tol ke eja?) tanpa kelapa
7- Donat (I want big apple or J.Co! Hahaha)
8- Pau tanpa inti (saje gedik suruh mak buat *-*)
9- Conrflakes
10- Coco Crunch
11- Pisang Tanduk goreng (ada pisang boleh makan, ada yang tak boleh makan)

Banyak gak benda yang aku boleh makan kan? Mak aku cakap, kalau was-was boleh makan atau tidak, makan sikit dulu. Tunggu semalaman, kalau OK, ha boleh makan. Pergh!

Selain daripada tu, aku amalkan juga makan jamu, berparam, berpilis, sapu minyak serai, makan air gamat (mujur aku beli), berbengkong (masih pakai strap, 3 minggu t aku pakai yang jenis barut pulak), bersarung kaki tak kira siang ke malam, sejuk ke panas. Huhuhu.

Perkembangan setakat ini, perut dah semakin kempis! Aku nak slim walau c-sect. Kulit makin halus, Alhamdulillah. Luka dah kering.

Aku sekarang dah mandi cam biasa dan pakai mandian herba TYT tu, Syiok sangat. Bagi aku, time berpantang ni lah kita manjakan dan belai badan kita. Bak kata aku, badan nak pakai lama.

Oklah korang, nak kul 5 dah ni. Rutin kembali sibuk. Sambung lain kali.

Thursday, January 20, 2011

* Cemburu Sebab Gambar Keisha ada di FB *

Posted by Ms SZ at 4:04 PM 0 comments
Baru je hal ni berlaku beberapa minit sudah.

Pak Cu jealous dengan Keisha sebab gambar Keisha ada di FB.

Kisah start semalam apabila adik bongsu aku tu cakap kawan die dah ada FB. Budak darjah 4 yerk. Itu aku tak kisah. Pastu die sambung, kawan die ada 3 akaun FB! Wah! Bukan main.

Jadi arini, Mr. Z on Lappy (Mr. Z balik sebab cutiiiii) untuk transfer gambar, teringat lah citer adik semalam. Kami tanya nama kawan die tu. Pergh! Memang real budak tu ada FB. Ada kawan die tu, friends sampai 200++. Advance betul.

Pastu Mr. Z view profile FB Mr. Z sendiri. Adalah gambar puteri Keisha. Terus Pak Cu macam merentan. Macam bengang gitu. Rupanya die jealous sebab gamabr Keisha ada di FB.

Macam-macam budak zaman sekarang.

Wednesday, January 19, 2011

* Majlis Kenduri Doa Selamat, Aqiqah dan cukur rambut *

Posted by Ms SZ at 9:02 AM 0 comments
Fakta : Keisha masih belum botak. Ramai orang kata kesian, lembut lagi umbun kepalanya. OK.
Kasi daddy settle hal ini nanti.

Arini nak kasi korang tengok gambar yang ala-ala (sebab pakai camera phone je) sebelum majlis ye? Kawan ayah cakap macam majlis bertunang. I tunang pon simple je, takde macam ni.

Since Keisha baru 9 hari dilahirkan, confirmlah mak die pon takdelah sihat sangat kan? Takdelah buat persiapan bagai nak rak pon. Just a simple ceremony gitu. Tapi atas bantuan ahli keluarga dan jiran tetangga, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Apa yang penting, selesai sudah task yang penting. Lepas ni kena cukur rambut dan timbang, seterusnya nilaikan dengan harga emas. Lega OK kalau dah selesai.

Orang kumpulan yasin cakap, "Mah(mak aku) je buat kenduri aqiqah dan potong jambul lepas seminggu lahir. Owh! bukan kah memang dituntut? Hurm.

Tema untuk majlis ini adalah, gunakan apa yang ada *-^


Mak dan Pak andam yang hias katil. Bunga masa hantaran kawen dulu digunakan sekali lagi. Oklah tu, 2 kali guna. Jimat dan tak membazir.


Katil yang sudah dihias. Siap ada skirting. Alas tilam tu kebetulan pulak ada color FINK.


Pasang skirting kat meja lauk. Seronoknya macam majlis kawen dulu.


Keisha, daddy dah terlentang. Baring jap 10 minit sebelum sambung cuci daging kambing. Sian die penat.


Dulang hantaran dari Mr. Z masa kawen. Jadikan tempat letak kelapa, gunting, air mawar, bunga rampai, daun sepulih.


Bekas hantaran tunang dari Mr. Z sroller tu. Gunakan untuk letak gula2 n coklat untuk kanak-kanak.


Bunga telur beli kat PISB. Murah sebab ada promo.


Mr. Z letak label pada pasu yang kami jadikan goodies untuk tetamu yang hadir. Adik beradik lain turut membantu. Nampak tak ayah tengah sibuk dengan bunga telur? Hihihi. Suke *-^


Bakul yang digunakan masa hantaran kawen dari Mr. Z. Buat isi goodies beg.

Ha, ni cerita kat depan je. Kat dapur jiran-jiran banyak membantu.

Lepas cuci daging kambing, Mr. Z tanam kepala kambing, lepas tu aku panggil Mr. Z, bagitaw tali pusat anak dara die dah tanggal. Fuh! Lega. Keisha pandai lah.

Untuk majlis ni, NO OP. Gambar main ambil sendiri jerk. Huhuhu. Jadilah. Sambung lain N3 k?


Tuesday, January 18, 2011

* Keisha Meragam sebab Rindu *

Posted by Ms SZ at 11:49 AM 2 comments
Malam tadi Keisha meragam. Mata pejam, tapi merengek aje.

Sampai ke pagi jam 9 macam tu, Mr. Z text suruh selimutkan Keisha dengan baju die (aku tak terfikir pon malam tadi). Terus Keisha senyap. Walaupun mata bulat je, tapi mulut diam. Sambil aku bersiap, die tertidur.

Wah! Daddy baru 2 malam tak tidur dengan Keisha, die dah rindu.

Keisha setakat ni mudah dijaga. Mula-mula aritu die nanges apabila dimandikan dan haus/lapar. Sekarang die dah tak nanges apabila dimandikan, dan masih nanges apabila haus/lapar. Mudah jaga Keisha, tapi kalau rindu kat daddy tu, memang payah ler.

Macam mana ler kalau Mr. Z g Offshore? 2 kali dah aku tanya soalan ni kat N3 aku. Alahai Keisha.



Gambar 14 Januari 2011, Keisha baru 1 week.

Tengok, anak dara ni pakai baju. Bukan main lagi. Badan Keisha besar, jadi dah boleh muat baju cam ni. Berat Keisha skang adalah 4 kg. Semalam nurse datang timbang.

Selain daripada itu, Keisha dah pandai tidur mengereng. Kalau tangan die bebas, habislah muka mommy kena tinju2. Kuat OK! Kat hospital lagi Keisha dah angkat kepala apabila nak disedawakan, cepat betul. Selain daripada tu, kalau nenek mandikan, Keisha akan pegang kuat bibir besen tu dan kaki kayuh2 macam swiming. Alalala. Mr. Z dah tengok moment tu, aku belom lagi. Huhuhu.

* Kos bersalin di Johor Maternity Specialist *

Posted by Ms SZ at 8:22 AM 6 comments
Today want to show u all muke orang dalam pantang. Eceh!


Yeah, aku pakai pilis. Sepah2 kat tempat tidur apabila pilis tu kering. Ah, tak kesahlah. Seumur hidup ntah berapa kali je alami pengalaman camni. So, enjoy the confinement period uoalls!

Isi kandungan N3 ini adalah pendapat peribadi aku yerk, kalau tak suka, jangan terus baca.

Berbalik pada tajuk, ada orang tanya2, hurm. Boleh buat budget kan?

Ada orang mulut memang jahat kan? Tapi lantak ler. Why pay more if can get cheaper? Huhuhu. Bersalin bukan isu kecil (for me), badan nak pakai lama. Memang motif/tujuannya adalah untuk melahirkan. Sama je bersalin kat mana-mana kalau fikir macam tu kan?

Aku ni bersalin c-sect pada saat akhir. Alhamdulillah bersalin di Johor Maternity. Kalau kat Hospital Kerajaan tak tahulah macam mana situasinya. Bukan merendahkan GH, tapi bg aku, kalau mampu, go for private dan bagi peluang orang lain gunakan perkhidmatan GH. Kalau buat macam tu, boleh bagi peluang orang lain terima perkhidmatan yang baik dari GH sebab tiada lambakan pesakit. Tak tahu korang setuju ke tidak.

Kalau husband pakai kereta mewah, tapi kemut nak bagi isteri bersalin di Swasta, memang rasa nak hempuk je.

Bagi kes aku, induce, duk ward 4 hari 3 malam, single room, kos semua adalah RM3200 selepas doktor bagi diskaun RM80. Pergh siap ada diskaun. Kalau normal delivery around RM1300+- macam tu. Memang sangat puas hati dengan kerja yang doktor buat.

Jahitan kemas dan luka cepat sembuh. Jururawat yang datang kerumah (dah 5 kali jururawat datang sejak aku bersalin, lain kali aku citer k?) cakap luka aku cepat sembuh dan kemas. Alhamdulillah. Suka sangat. Cuma perlu jaga makan je lah kan.

Tapi, tempat aku bersalin ni bukan macam KPJ group yeah. Tidak 5 star or 6 star. Tapi kami puas hati. Dengan jagaan dan layanan staf mereka. Ngko ingat xde ke nurse garang? Ada OK! Nyampah je rasanya kalau shif die, tapi kan kerana die garang ler aku cepat sikit baik. Sebab? Sebab aku tak nak kalah dengan cakap2 die. Pastu die gak ajar aku pakai bengkong. Pergh, tak boleh blah betul. Mula2 memang aku hamun die, aku cakap, aku yang sakit, bukan die (tapi cakap bila die dah kuar ar kan), tapi aku ikot gak ajaran die. Hihihi. Psikologi.

Aku amat bernasib baik kerana Mr. Z bukan jenis kemut bab bersalin neh. Nasib orang tak semua sama, oleh itu aku advice korang simpan duit. Bayar lebih untuk cepat pulih. Nurse yang datang check kat rumah cakap, kalau aku buat di GH, tidak secepat itu pulihnya. Alhamdulillah. Kalau cepat sembuh, senang korang nak jaga baby dan berdikari dalam tempoh berpantang.

Apa-apa pun, terpulang pada diri sendiri.



Keisha memang manja. Keisha ni anak daddy taw. Die manja dengan daddy die. Takpelah, anak perempuan. Tapi kalau Mr. Z pergi Offshore, macam mana erk? Owh, takpelah, lain kali je fikir. Orang dalam pantang kena slumber2 jerk!

Monday, January 17, 2011

* Hasil Perahan Pertama *

Posted by Ms SZ at 10:51 AM 0 comments


Ini susu perahan pertama seumur hidup aku, 10 Januari 2011. Jam 2.00 petang.

Fuh! Penting tu, sebab tu aku detail kat sini. Keisha lahir 7 jan, keluar wad 9 Jan. makcik urut datang 10 Jan, sebelah pagi. Lepas die urut barulah keluar susu badan aku. Tu pun sikit tu jelah. 1oz pon tak sampai.



Ni lah bekalan dari Johor Maternity. Kotak 2 dapat 4. Dalam satu kotak ada 6 botol susu ready to feed. Cuma buka tutup, pasang puting dan bagi baby minum. Keisha dah tak suka susu tu. Jadi yang ni tak tahulah nak buat apa. Wah! Keisha dah pandai pilih you!

Habis pot pet, jom sambung citer breast feeding (BF). Anak kami ni tak reti isap puting susu mommy die. Jadinya kerja aku perah, simpan, kasi panas dan kasi Keisha minum. Tapi masih tak dapat memenuhi keperluan Keisha. Jadi aku campur-campur lah.

Keisha tak minum susu tepung sejuk. Die akan rasa dahulu, kalau sejuk, die tolak balik puting tu. Kalau ngam, ok, die sambung sedut. Tapi kalau susu badan, sejuk takpe, telan je walau muka ada cam kelat-kelat sikit kan. Sebab apa sejuk? Sebab keluar dari peti sejuk, nak panaskan dah macam tak sempat(panaskan jap je) sebab die melalak kuat sangat macam kena pukul. Aduyai anak, bikin mommy cemas.

Korang, untung aku beli breast pump, kalau idak, sure breast aku bengkak. Tak bengkak sangat pon, aritu aku pump kuar darah jugak. Jangan sampai demam sebab breast bengkak udah ler. Selain daripada tu, steriliser dan warmer memang membantu bagi kes aku.

Kadang aku fikir, mungkin Keisha tak pandai isap puting ni ada hikmahnya. Aku kan c-sect, tak larat owh nak pegang Keisha lama-lama, walaupon ada Nursing Pillow (again, ianya sangat membantu aku! TQ Mr. Z). Sambil aku buat entry ni, Nurse datang, Keisha dah 4 kg sekarang! Fuh! Sihat anak mommy ni. Keisha juga tak kena demam kuning, alhamdulillah.



Keisha ni kalau orang nak sedawakan die lepas minum susu, die suka lentok macam ni. Tidur mengereng (btol ke aku eja?) je. Suka ngereng ke kiri sebab daddy die tidur kiri die. Huhuhu. Anak daddy. Skang daddy dah kerja, mujur Keisha tak meragam.

Pasal Kenduri Kesyukuran, Aqiqah dan cukur rambut, aku update kemudian k? Mak dah suruh makan ni. Harini makan lauk ikan haruan bakar dengan kuah asam jawa dicampur dengan bawang. Air Kurma merah campur longan. Sayur pulak, aku request no sawi dan no kobis. Jadi mak masak sup kentang. Hehehe. Jom makan kawan-kawan!

* Rutin harian dalam tempoh berpantang *

Posted by Ms SZ at 8:30 AM 0 comments

Terima Kasih kepada suami tercinta sebab banyak membantu dalam tempoh seminggu awal aku berpantang. Menitis air mata melihat pengorbanan seorang suami. Hahaha. Emo OK! Jangan terus baca jika anda tidak sukeee ^-*

Mr. Z dapat cuti isteri bersalin 3 hari je. Pastu, 11 Januari Johor cuti, apply lagi cuti tahun lepas yang masih berbaki. Hari ni die dah start kerja. Berpisah sementara dengan isteri dan Keisha :p

Secara ringkasnya, tempoh berpantang ni memang busy! Bangun lebih awal dan tidur lebih lewat dari hari bekerja.

Seperti anda semua sedia maklum, aku ni bersalin cesarean. Bersalinnya tak rasa orang kata, jaganya perlu teliti, orang kata gak.

Secara ringkasnya (ini rutin aku je, rutin baby lain pulak) ;

- 6.30 : Bangun pagi-pagi, perah susu dahulu. Sebab? Sebab Keisha lahir di Hospital bukan rakan baby. Kat sana, memang die bagi susu ready to feed terus. Keisha dah kenal puting botol dahulu sebelum puting mommy die. Memang mencabar, lain kali citer pasal feeding k? Lagipun susu aku tak keluar, hanya 3 hari lepas bersalin ia keluar. Keisha minum susu ibu dari botol, jadi pagi2 kosongkan breast dahulu.

- 7.00 : Mandi dan bersihkan diri. Mr. Z bantu semuanya sampai siap berpakaian. Sian pulak tengok die kena cucikan benda2 kotor tu.

- 7.30 : Sarapan pagi. Mr. Z siapkan susu dan makanan simple. Aku sarapan ringkas je.

- 8.00 : Waiting for mak cik urut. Aku bersalin cesarean pon berurut yerk. Tapi rutin ni selama 3 hari je. Lain daripada tu, aku buat sendiri. Mak bidan suruh ambil peluang ni 'bela' badan betul-betul. Hasilnya memang menakjubkan.

- 10.00 : Pam susu lagi. Kena kosongkan breast lagi sebelum minum pagi.

- 10.30 : Minum pagi. Biasanya Mr. Z buatkan MILO dan makan dengan biskut.

- 11.00 : Buatlah aktiviti bebas. Biasanya aku sibuk dengan Keisha atau pun ambil peluang on9

- 12.30 : Lunch. Lunch mak masak ler.

- 1.00 : Pam susu dan rehat. Letih. Sambil tu lipat pakaian yang mak dah tolong cucikan. Mr. Z susun dalam rak.

- 3.30 : Minum petang. Abang yang tolong sediakan, biasanya. Mr. Z readykan air panas sahaja.

- 5.00 : Mandi dan 'bela' badan lagi.

- 6.00 : Pam susu kalau rajen. ini time aku tengok tv selepas seharian uruskan diri.

- 6.30 : Dinner. Mak sediakan

- 7.00 : Peluk baby. Aku memang jarang peluk dia sebab tak nak manjakan sangat. Nanti susah baby sitter nak jaga.

- 8.00 : Pam Susu lagi. Ni trip last lah. Sambil tengok TV

- 9.00 : Luang masa dengan Mr. Z. Have chit chat, tengok gambar anak, gelak2

- 10.00 : Air panas ready by Mr. Z. Malam aku selalu lapar. Kalau breast rasa berat, aku pam dulu sebelum tidur.

Hari-hari terawal, Mr. Z mesti ikut aku keluar masuk toilet, termasuk tengah malam kalau nak ke toilet. Ada sekali aku nak buat sendiri, mak die tahu, sian die kena tegur dengan mak die.

Nak sangat balik rumah JB. Tapi Mr. Z cakap kat mak, kalau aku balik JB, die g kerja tak tenteram, risaukan aku kat rumah sorang dengan Keisha. Owh!

Friday, January 14, 2011

* Keisha Nur Damia 1 week *

Posted by Ms SZ at 4:45 PM 4 comments

Ini gambar petang semalam. Nenek Keisha beria-ia pilih baju ni walaupun besar. Nenek kata santek. Huhuhu.


Ini pula gambar beberapa hari yang lalu. Muka Keisha memang cepat merah kalau die marah, lapar, atau poo poo ^-* Masa ni Keisha silau kena flash.

Keisha lahir Jumaat lepas, 7 Januari 2011 jam 4.45 petang. Masih tahun Harimau. Aummmm! Cina kata kalau tahun harimau, lahir petang, garang. We wait and see ya!

Keisha Nur Damia nama diberi. Lahir dengan berat 3.55 kg, tinggi 53 cm dan ukur lilit kepala 35 cm. Ha, amacam? Boleh jadi model? Hihihi.

Keisha ada lesung pipit.

* Tiap tahun tunai Nazar *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 2 comments

Mr. Z ceria selepas sehari kelahiran puterinya yang tersayang. Gambar dalam wad.

Selepas tukar imej kepada botak tahun lepas (Mr. Z nazar botakkan kepala jika die dapat kawen---> ada gak eh macam ni?), tahun ini sekali lagi die tukar imej.

Sebab? Aku ada tanya, ni kalau dapat anak, ada nazar botak ke? Die jawab takde. Tapi aku sangat terkejut, lepas aku bersalin, esoknya die datang dengan imej botak. Aku tanya kenapa ni? Die kata nazar.

Pelik. Sebab aritu kate takde nazar, ni ada pulok. Die cakap, lepas sembahyang hajat sebelum operation tu, die buat keputusan nih.

Alhamdulillah, aku suka die dengan imej botak sebenarnya. Takdelah nampak muda sangat kan. La La La.

Esok, kami akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena kelahiran Keisha Nur Damia dan adik kecik sunat aritu. Buat aqiqah dan cukur rambut terus.

Owh, sibuknya!

Sedey sebenarnya nak kasi cukur rambut Keisha yang lebat itu, tapi takpelah, itu yang dituntut. Petang ni ada appoint untuk check jahitan di perut yang masih muncit neh. huhuhu. Sonoknya dapat kuar rumah!

Thursday, January 13, 2011

* Proses Bersalin, Thanks to Mr. Z *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 8 comments

Aku BUKAN bersalin normal ye kawan-kawan.

Bak kata mak aku, operation.

Doktor kat Klinik Kesihatan refer kes aku ke GH sebab die kata, most probably aku tak boleh deliver normal. Memandangkan aku dah pon set nak bersalin di Johor Maternity, tu yang aku terus je pergi sana pada 6 Januari lalu.

Sebenarnya Doktor Luckmal cakap, kalau tak bersalin 4 haribulan, 8 haribulan datang. But I cant wait! Hohoho.

Ini sambungan N3 Due Date Sebenar.

Dari jam 9.00 pagi aku dah rasa kontraksi selang 2 minit, sehingga jam 3.00 petang. What?!

Kalau ingat balik, muka si suami yang menunggu amat risau. Mak aku masuk peluk aku dan nanges. Sehingga jam 3.00 petang tu, bukaan masih 5 cm. Semua orang risaukan aku. Aku pun dah tak tahan kesakitan, aku minta Mr. Z buat sembahyang hajat sebelum buat keputusan.

Akhirnya, decide untuk bersalin cesarean. So, aku rasa dua-dua lah kan? Kontraksi nak bersalin dan cesarean. Lepas je pakar bius buat tugasnya, aku dah tak sedar apa.

Celik mata, aku berada disebuah bilik purple. Seorang diri. Sunyi. Aku petik loceng. Seorang jururawat masuk. Aku tanya 2 soalan sahaja dan soalan seterusnya yang aku nak sangat tanya tak pun terkeluar dari mulut aku sebab aku takooot!

Soalan 1 : Suami saya mana?
Soalan 2 : Mak saya mana?

Jawapan 1 : Suami awak balik nak uruskan uri
Jawapan 2 : Mak awak balik sekali lah.

Apakah soalan ketiga aku?
Tentulah anak saya mana. Tapi aku sangat takut nak tanya sebab takut jururawat tu tipu aku. Boleh? Tengah mengong2 pon boleh pk cam tu kan?

Korang pernah dengar tak pasal tukar kain dan mengalah? Akak ipar aku pon akan bersalin bulan ni. Orang kata kalau kes cam kami ni, kena tukar kain dan pakai. Kalau tidak seorang akan mengalah. Macam kes aku, aku kasi dah die kain, die pun dah kasi aku kain, tapi kain yang die kasi santek, aku simpan peruk dalam almari. Mak mertua aku kata, aku yang mengalah ni.

Ntah betul ke tidak kan? Yang penting, aku dah selamat melahirkan seorang bayi walaupun melalui kaedah cesarean.

To My Beloved Husband, Muhammad Zikri,
Terima kasih kerana menjadi peneman sepanjang perjuangan ini.

Aku nak nanges je, Mr. Z cakap, kalau nak ada tenaga, jangan nanges. Waaa, muka die risau. Die tak makan langsung.

Mak aku cakap, biar suami tak handsome, tapi bagus macam Mr. Z (ini aku tambah sikit dari word mcm tu yer *-^).

Sekarang ni, aku berpantang, walaupun dirumah mak, Mr. Z tak lepas tangan. Banyak yang kami lakukan sendiri. Alhamdulillah, seminggu sudah. Terima Kasih sayang.

Mujur kami ambil keputusan itu pada waktunya. Mr. Z masuk bilik pembedahan dan sempat rakam sebahagian proses kelahiran(kalau free dan internet conection ok, aku upload kot ^-^). Ya Allah, meleleh air mata ini. Mr. Z cakap, kepala lutut die mengigil (tengok hasil rakaman je dah tahu die sedih). Sebab apa? Sebab masa baby dikeluarkan, baby lemah longlai. Pucat hampir kebiruan. Baby nampaknya hampir lemas.




Jururawat yang membantu di bilik pembedahan memaklumkan die terpaksa buka kasut dan tekan dada aku kuat kerana baby susah keluar. Baby besar. Masa doktor buat lawatan, doktor kata, kalau normal pun, badan sangkut. Alhamdulillah kami buat keputusan itu. Owh sangat seram jika terpaksa bedah last minit macam tu.




Photo 3 of us. Masih dengan baju pembedahan lagi tu. Malam tu juga aku dapat jumpa family dengan wajah masing2 yang jelas kelihatan letihnya. Mereka semua tak lalu makan. Aku happy dengan family aku!

Sambung lain kali k? Orang dalam pantang memang bz!

update : Keisha dah pon dapat sepupu baru 12 Januari 2011 *-^ Baby tu cuma 2.95 kg, nama belum ada

Wednesday, January 12, 2011

* Due Date Sebenar *

Posted by Ms SZ at 12:00 PM 0 comments
Ada yang bertanya, jadi dalam entry ini, aku akan jawab.

Bilakah Due Date sebenar aku?

Macam ni, Due Date aku sebenarnya 4 Januari 2011 kalau ikut 1st day Last Period.
Tapi kat Klinik Kesihatan, aku bagi lewat seminggu, jadinya Due Date 11 Januari 2011.

Sebab apa aku bagi lewat seminggu? Ha, sebab aku kan suka ikut cakap orang :p

Eh, BUKAN! Kami sebenarnya memang catat tarikh kami 'ehem-ehem' *-^ Kan ada cara pengiraan ikut date tu. Jadi tarikhnya macam tu lah.

Selain daripada itu, kalau kita letak tarikh betul-betul, kalau overdue sangat, cepat je kena tahan wad. Hehehe. Kire nak play safe lah ni.

Sebab tu ada 2 tarikh due date.

Selepas kes kena refer ke hospital Kluang, yang aku takmo pergi tu, aku g Induce pada 6 Januari 2011. Pagi 7 Januari 2011 keluar tanda darah. Sikit aje, tak banyak, tapi bisa buat aku cuak sangat. Jerit-jerit panggil Mr. Z dari bilik air wad tu. Kalau kat GH, confirm aku tak leh buat cam tu kan?

Jam 9.00 pagi, 7 Januari, air ketuban dah pun dipecahkan oleh Doktor. Stay lah aku kat bilik bersalin tu. Kontraksi berlaku dengan kerap sejak daripada itu dan bermulalah episod nanges2.

Cukup dah kot sampai sini citernya. Penat lah pulak rasanya.Sambung kendian yerk.

* Kembali bersiaran Semula *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 2 comments
Salam Semua.

Alhamdulillah, dapat kembali bersiaran.

Banyak benda nak maklumkan (macamlah orang nak ambil kesah sangat kan?) dan dicatatkan untuk kenangan diri sendiri.

Perlahan-lahan update.

Tuesday, January 11, 2011

* PORCELAIN INN Buat promo, B2B boleh ambil peluang! *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 0 comments
Lama tak buat posting about BRIDE kan?

I takkan lupa Bride to Be OK! Ni nak kepoh, kedai PISB (Porcelan Inn Sdn. Bhd. kat Ayer Hitam tu, nak pindah kedai taw. Oleh yang demikian, mereka jual stok mereka dengan harga yang sangat-sangat MURAH!

Mereka nak pindah ke bagunan mereka sendiri (bangunan Merah Hitam kat Ayer Hitam) which is tak jauh sangat pon dari kedai yang mereka sewa sekarang pada Mac/April. Not sure. Why dont you all call them?

PISB Ayer Hitam : 07-758 3180 / 07-758 1366

Ngah, mak dah berkenan 1 item untuk gantikan bunga pahar kau! Mak siap kata nak letak telur puyuh 3 biji. Hehehe. Kau nak kawen dah ke?



Photo : Mak dah tanya-tanya tuh ^-^

31 Disember 2010 aritu, aku g PISB ni beli bunga pahar untuk kenduri aqiqah dan cukur rambut baby *-* Dapat RM30 only, normal price RM79.90! Ha, kan banyak jimat tue. Tapi stok apa yang ada jelah ye. Diorang cam nak clear barang kedai je.

Selain bunga pahar, barang yang sangat murah adalah paper bag. Aku ada berkenan goodies lollipop neh, tapikan... hurm, let me think 1st. Ada rezeki adalah *-* Kalau nak cawan cumel-cumel corak English tu pon ada, dari serendah RM0.50. Jangan bimbang, xde members card pon tetap dapat harga murah!

Apa lagi B2B, cepat ambil peluang! Apa? Kat mana PISB Ayer Hitam ni? Kedainya sederet dengan Marrybrown di pekan Ayer Hitam tu.


PhotO : Benda ni lah yang mak berkenan sangat tu. Harga biasa dekat RM100 sekotak (50pcs) but they do have promo for this item!

Pssttt : Maaf, gambar kurang memuaskan, guna kamera hp jer.



Saturday, January 8, 2011

* Let the WORLD know our Bundle of Joy has born *

Posted by Ms SZ at 10:50 AM 12 comments

She is our little sweet bundle of Joy.

Let me introduce our Lil Sweet Princess,

Keisha Nur Damia Binti Muhammad Zikri

Mr. Z + Ms. Sz + Lil K


Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan Allah.

Citer panjang lebar lain kali ye. Live update from ward. Tak boleh tidur awal pagi camni. Mr. Z dah terlelap kat sofa sebelah. Cian daddy penat.

Friday, January 7, 2011

* Induce *

Posted by Ms SZ at 10:00 AM 0 comments
Salam all!

Entry 2 hari lepas, aku ada kata, kes aku kena refer ke Hospital Kluang kan?

Semalam aku tak g pon Hospital seperti yang diarahkan. Sebab?

Sebab aku dan Mr. Z dah pon bincang untuk terus ke Johor Maternity Specialist memandangkan memang dari awal dah set nak bersalin kat situ. Walaupun Doktor Lokman set tarikh 8 Januari 2010 untuk Induce (kemungkinan bersalin 10/11), tapi kami macam tak boleh tunggu.

Akhirnya, kami decide untuk Induce pada 6 Januari 2010.

Cerita selanjutnya aku update kemudian ye!

Thursday, January 6, 2011

* Induce dah *

Posted by Ms SZ at 3:39 PM 5 comments
Short updates from
.
.
.
HOME ^-^

8.10 - Gerak dari rumah ke Johor Maternity
8.30 - Arrived
9.00 - Induce. Ouch! Kan doktor dah kata rileks, aku ni g gerun2 buat apa? Piat telinga sendiri. Doktor cakap, mungkin bersalin esok. Ye ke doktor? Lepas jam 12.00 pon consider esok kan?

Lepas Induce, kena baring sejam untuk elak ubat keluar. Pasal wad, wad untuk 1 orang dah penuh. So duduk wad untuk 4 orang je. Ada wad untuk 2 orang, tapi ntah kenapa aku tak ambil yerk? Hihihi. Owh, sebab penuh gak.

10.15 - Monitor jantung baby dan tahap kesakitan mommy. Nurse cakap, tahap kesakitan aku adalah 44.

10.30 - Gerak balik rumah. Datang lagi jam 2.30.

Sebenarnya kena duk kat wad tu, tapi boleh ler kuar g makan ke kan. Baik aku balik rumah.

11.00 - Sampai rumah. Seronoknya bau rumah. Tengahari makan. Mak offer nak makan sardin, mak masakkan. Owh takdelah nak makan pon. Sardin yang Mr. Z bawa tu bukan kerana aku nak makan, tapi kerana stok banyak kat rumah, lama sangat dah pon. Mak cam control kerisauan. Jangan risau mak.

2.30 - Muka aku lagi masuk wad. Nurse dah tukar shift. Aku prefer Nurse pagi dari Nurse petang. Kenapa? Adalah~

Lepas check, aku balik semula kerumah. Haih! PIL aku call dari KL, tanya apa kes sampai kena duduk kat wad. Sebenarnya xdelah macam duduk sangat pon. Malam nanti, lepas kul 11, barulah macam duduk wad sampai Mr. Z boleh masuk jam 7.00 pagi esok.

Jam 6.30 kena monitor jantung baby dan tahap kesakitan mommy lagi. Aku tanya ada monitor lagi tak lepas ni? Mereka kata xde. Hurm, takpelah cam tu. Sambung esok lah kot.

Baby syiok sangat duk dalam perut mommy neh. Dah kena induce pon rileks je duk dalam nih. Mommy die pon cam tak sakit je. Serius! Aku confius sakit yang macam mana. Sebabnya sejak kebelakangan ni sakitnya macam-macam dan ON/OFF je. Jadi, apabila Nurse bagitau sakit aku 44, aku tak tahu which part yang 'menyumbang' kearah itu.

The Best Part : Nurse pagi (Indian Ladies) cakap, minum air selusuh selepas bukaan 6cm keatas. Pastu die siap cakap, sembahyang banyak-banyak kasi mudah bersalin.

Panjang plak N3 ni. Aku nak rehat2 sambil tunggu waktu minum petang (padahal dah hentam roti flos ayam tadi. keh keh keh. lapar!)

Doakan aku selamat deliver k!

* Buffered Earning dah terlerai *

Posted by Ms SZ at 9:00 AM 4 comments
Macam pernah ada je entry tajuk macam ni sebelum ini kan?

Sebelum citer pasal Buffered Earning, aku nak citer pasal Visitor yang datang ke Blog aku ni sejak aku pasang widget LinkWithin.

Aku ada baca, kalau pasang benda ni, akan berlaku pertambahan unique visitor (UV) ke blog kita. Ntah ye ke tidak. But no harm to try!

Sebelum pasang Link Within, 397 unique visitor jer.
452 unique visitor selepas pasang Link Within. Ntah betul atau tidak pertambahan UV ini hasil daripada itu. Tapi takpelah, aku suka je.

Sekarang bocor rahsia! Korang dah tahu pun yang blog aku ni tak ramai visitor pun. Tak sampai 100 UV setiap hari, tapi aku bersyukur kerana masih ada yang membaca blog aku ni. (Ada ke orang tak kesah blog die langsung takde orang baca kecuali diri die sendiri?)

Now nak story pasal Buffered Earning aku.

Walaupun UV aku tidak seramai UV kamu, kamu dan kamu, tapi syukur UV aku kalau bukan time cuti menunjukkan bacaan yang agak stabil.

Semalam aku terkejut sangat apabila tengok pendapatan aku macam berganjak secara mengejut. Sebab? Sebabnya Buffered Earning aku dah pun tamat seterusnya menjadi Metered Earning. Tiada lagi Buffered Earning yang sedang berlegar kat page aku! Oh NO! Nuffnang, kasilah lagi Buffered Earning. Saya mahu HandbagCOACH.

* Ni beberapa hari sebelum semalam :(

Walau apa pon, aku akan terus menaip dan menaip. Seronok taw blogging neh. Boleh tambah kawan, tambah ilmu dan tambah runcing jari jemari aku sebab banyak menaip!

Psttt.. Mungkin ketika N3 ini publish, aku sedang proceed untuk masuk wad ^-^ Doakan kami yeah! Thanks!


 

19 Disember 2009 Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea