Tuesday, April 12, 2011

* Kedai barang bayi di JB *

Posted by Ms SZ at 8:31 AM
Keisha nak pergi jalan-jalan!

Bukan main anak. Dah pakai tali pinggang keselamatan dengan betul pon, tetap nak pegang. Daddy cakap macam payung terjun!

Btw, cantek tak tight Keisha? Pakai dengan Gown tenderly.

Sabtu lepas kami jalan-jalan ke kedai baby di Nusa Bestari. Keisha kan dah pindah ke pengasuh (lain kali citer, sape friends kat FB, die tawu), jadi kenalah shopping (aik, tetiba). Takdelah, saje nak pergi sebab tak pernah pergi.

Untuk kamu kamu dan kamu yang ada di JB, kat Nusa Bestari ni banyak kedai baby ye. Seronok je tengok-tengok barang. Pekerja pon sangat friendly dan informative!


Ini kedai Twins Baby. Kalau korang diri depan kedai Twnis baby ni, nampak pulak kedai Baby World diseberang jalan. Jika berdiri di depan Baby World, nampak pulak Anakku. Depan sikit dari Anakku, ada lagi satu kedai (nama apa tak sure). Jenuh ye nak pergi. Keisha dah marah. Huhuhu.

Kat mana Nusa Bestari? Dekat je dengan Tesco Bukit Indah. Sesiapa yang tengah hunting barang baby, tapi tak sure dengan product yang berlambak, bolehlah pergi dan dapatkan penjelasan bagi setiap produk! Kami suka macam tu, pergi tanya-tanya, balik fikir-fikir, kemudian baru beli.

Sekian.

2 comments:

Gee said...

Kt pasir gudang susah betol nk cari barang2 baby...So tQ bagi tau tempat ni..nanti leh la p ..huh

Ms SZ said...

no problem Gee. kat mount austin pon ada, tapi kite belum pernah pergi, tak leh nak review lebey2. selain daripada tu kat pasir pelangi pun ado, tp kite tak kenan. hiks!

 

19 Disember 2009 Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea