Wednesday, July 21, 2010

* Masalah Sembelit Ibu Mengandung *

Posted by Ms SZ at 8:06 AM
Aku sering mengalami masalah sembelit ketika mengandung. Sampaikan aku g klinik untuk minta ubat. Doktor tak galakkan aku makan ubat tu. Doktor lebih galakkan aku makan buah-buahan dan minum banyak air.
Aku sebenarnya amatlah suka beli buah, tapi bab nak makan, ada masalah sikit. Huhuhu. Minum air pulak, aku selalu je minum dan banyak gak aku minum tetapi mungkin tidak mengcukupi bagi keperluan badan aku ni.
Sabtu lepas, aku n mr. Z pergi pasar malam dan aku sangat-sangat terliur pada potongan buah tembikai. Pergh! Belilah, sepotong RM2 je, besar lak tu (sebiji bahagi 4). Aku melantak tembikai, terus terberi-beri. Sonoknya. Penat aku paksa seminggu susah nak kuar. Jadi kawan-kawan, makan buah-buahan dapat membantu masalah sembelit selain minum air yang banyak. Nak 2in1? Minum jus buah-buahan fresh! Buah dapat, minum pon dapat.
Pemakanan juga dipengaruhi oleh jenis darah kita, ada yang sesuai ambil produk tenusu banyak, ada yang tak sesuai. Aku jenis darah B, jadi aku antara individu yang mendapat banyak manfaat daripada produk tenusu. Jika jenis darah O produk tenusu kurang beri manfaat pada golongan ini, makanya ada yang loya apabila meminum susu.
Buah-buahan yang sesuai diambil oleh aku yang berdarah B ni ialah Pisang, Betik dan Tembikai. Ha, sahlah! Aku suka makan pisang sejak mengandung ni, pergi pasar tani semata-mata nak beli betik (mr. Z yang turun cari, aku duk lentok dalam kete, tq yang) dan yang terkini hentam tembikai sampai mr. Z tegur, tembikai tu sejuk. Arghh pedulik. NyumNyum, dapnye. Tembikai dah pon selesaikan masalah sembelit aku.
Aku gak perlu elak buah kelapa dan belimbing. Rasanya tak kisah kot.
Yang terkini, aku nampak cempedak, cam best je kan? Aritu dah makan, tapi macam nak lagi lah. hukhukhuk.
Kesimpulannya, bukan semua jensi makanan sesuai dengan semua orang walaupun suami isteri, jadi, kenalpasti jenis darah anda dan kenalpasti apa yang digalakkan dan yang tidak digalakkan!

4 comments:

ifa said...

Thanks for this info..nk nngis gak ssh sgt nk buang besar ms hamil ni..rsau dlm perut ni apa jd..sy pn jnis darah B..da 2x ggur, hamil kali ni mmg Dr suh jg btul2..nk try la mkn tembikai tu..doakan sy :D

ms sz said...

ifa, kesiannya awak. sy cuma kongsi apa yang saya lalui dan apa yang saya baca. harap ia dapat membantu awak jugak. take care yeah! harap baby kalini selamat dan sihat.

Suha said...

tp tembikai tu sejuk, x elok amik slalu sgt..org kate mkn betik pn leh senang lawas kn.. :D

ms sz said...

ada gak orang cakap macam tu Sue. Aku ni pon takdelah ambil hari-hari walaupon jauh disudut hati mau macam itu. Betik pun aku 'baham' gak. Asyik fikir aje, benda yang takmo kuar tu kacau ruang baby ar. hahaha. padahal lain pon ruangnya. Cuma rasa tak selesa sangat-sangat

 

19 Disember 2009 Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea