Monday, October 19, 2009

* Hadiah Perkahwinan *

Posted by Ms SZ at 8:32 PM
Petang tadi berbual dengan rakan sepajabat melalui gtalk. Perbualan berkisar tentang shopping J-Card day. Aku cakap yang aku cadang nak survey pemanas air di bilik air dan tower fan. Die cakap, "apa kata tak yah beli dulu. nanti boleh belikan hadiah kahwin". Owh, aku pun bagitaw yang aku nak pakai dibilik pengantin nanti. Tak kan nak suruh bagi hadiah awal-awal pulak kan? Dia pun tanya, "nak hadiah apa kahwin nanti? bawah RM200". Owh boleh request? So i say, Periuk Pressure! Tak tahulah berapa harga, tak kisahlah. Sebab periuk itu yang mak dah beberapa kali pesan suruh beli lepas kahwin nanti. Kiranya mak nak kami ada periuk tu. Senang nak merebus tulang, daging, nasi impit pun boleh!

Bercerita tentang hadiah perkahwinan, rasanya di barat mereka ada list kan hadiah apa yang mereka nak beli dan orang lain tidak akan memberi hadiah yang sama. Aku tak ingat macam mana kaedahnya sebab baca gopoh-gopoh je masa itu. Pabila kufikirkan, ianya bagus juga bagi mengelakkan lambakan pinggan mangkuk dan gelas sebagai hadiah perkahwinan. Agak-agak kalau aku buat, macam mana? Hahaha. Tak malu betul.

Menceritakan tentang hadiah perkahwinan. Cerita daripada seorang teman, dia pernah mengenali seorang perempuan dimana jika ada ahli keluarganya berkahwin, setiap orang pakcik/makcik akan bagi hadiah. Contoh hadiah adalah, rumah, kereta, kelengkapan rumah, pakej pelancongan. WOW! Memang macam 'cuci kaki' ajelah kan? Rezeki masing-masing.

0 comments:

 

19 Disember 2009 Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea